Shopping Cart

Total Items:
SubTotal:
Tax Cost:
Shipping Cost:
Final Total:

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

I Love Islam

Followers

  • Maksudnya
    Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima..
  • Doa Meminta Syurga & Di Jauhkan Dari Api Neraka
    Maksudnya
    Ya Allah,, sesungguhnya kami memohon kepada Mu akan keredhoan Mu serta Syurga,, dan kami berlindung dengan Mu dari kemurkaan Mu dan api neraka

  • Iftitah
    Maksudnya
    Allah Maha Besar dengan Sebesar-besarnya.. Dan pujian untuk Allah dengan sebanyaknya dan Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang.. Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi.. Dengan berlurus hati sebagai seorang Islam dan tidaklah aku dari kalangan orang yang menyekutukan Allah.. Sesungguhnya sembahyangku,, ibadahku,, hidupku dan matiku adalah untuk Allah.. Tuhan sekalian alam.. Tiada sekutu baginya.. Demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah seorang muslim....
  • Qunut Nazilah
    Maksudnya
    Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kesatuan mereka, huru-harakan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing Engkau ke atas mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Gagah Perkasa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan Yang menurunkan al-Quran, Yang menggerakkan awan gemawan, Yang menghancurkan bala tentera al-Ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka....


  • Ayat / Doa Penerang Hati
    Maksudnya
    Ya Allah,, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat Mu,, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
    Wahai Tuhanku,, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku...
    Wahai Tuhanku,, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku...
  • Doa Minta Perlindungan Dari Sifat Malas / Keluh Kesah / Bebanan Hutang
    Maksudnya
    Ya Tuhanku,, aku memohon perlindungan Mu dari dukacita, kesedihan,, serta perlindungan dari kelemahan dan sifat malas,, keluh kesah,, juga dari bebanan hutang..
  • Doa Agar Di Hindarkan Bala / Wabak
    Maksudnya
    Aku menyerah diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,, aku berpegang teguh pada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam ghaib,, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak akan mati selamanya.. Semoga kiranya Engkau hindarkan kami ya Allah dari bala dan wabak.. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..
  • Selawat Mukafa'ah
    Maksudnya
    Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan dan keberkatan kepada junjungan kami iaitu Nabi Muhammad dan kepada keluarga Baginda dengan restu yang tetap dan diterima, yang mana dengannya Engkau mendatangkan dari kami kepada hak Nabi Muhammad yang agung...
  • Selawat Kamaliyyah
    Maksudnya
    Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan dan keberkatan kepada junjungan kami iaitu Nabi Muhammad dan kepada keluarga Baginda sebagaimana tiada batas bagi kesempurnaanMu sebanyak bilangan kesempurnaannya...
  • Selawat In'am
    Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan dan keberkatan kepada junjungan kami, iaitu Nabi Muhammad dan kepada keluarganya menurut bilangan (seluruh) kenikmatan Allah dan keutamaanNya....
  • Selawat Sa'adah
    Maksudnya
    Ya Allah, restuilah junjungan kami, iaitu Nabi Muhammad sebanyak bilangan segala yang ada di dalam pengetahuan Allah dengan limpah rahmat abadi selama dalam keabadian kerajaan Allah...
  • Selawat Jalilah
    Maksudnya
    Ya Allah, berilah restu dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad, semoga dengan berkatnya dirungkaikan ikatan yang merantai diriku, dilepaskan aku dari kesusahan, dielakkan aku dari kegelinciran, dan ditunaikan hajatku....

  • Selawat Al - Fatih
    Maksudnya
    Ya Allah, berikanlah restu, kesejahteraan dan keberkatan kepada junjungan kami, iaitu Nabi Muhammad, pembuka suatu yang terkunci, penutup suatu yang terdahulu, penolong kebenaran dengan kebenaran, penunjuk ke jalan Mu yang lurus... Mudah2an Allah memberikan rahmat kepada Baginda, keluarga Baginda dan para sahabat sepenuhnya dan dengan kadarnya yang agung.....

    Sesiapa mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.


    Selawat ini berasal dari Sayyid Abu Al-Mukarim Syed Muhammad Syamsuddin bin Abi Hassan Al-Bakri r.a. Diantara kelebihannya ialah diampunkan dosa kecil, tenteram jiwa dan hati, dimurahkan rezeki, diselamatkan keluarga dan kesusahan seterusnya memudahkan jodoh